More information in Bahasa Melayu

Laman ini mengandungi beberapa maklumat asas mengenai Universiti Pécs dan program ijazahnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Bahasa Inggeris kami.

The University of Pécs

Ditubuhkan pada 1367, Universiti Pécs merupakan universiti tertua di Hungary. Antara institusi pendidikan tinggi yang terbesar, universiti ini kini menempatkan hampir 20,000 mahasiswa yang disokong 10 fakultinya. Di samping menjadi universiti tertua di negara ini, Universiti Pécs serta kebanyakan fakulti dan program pengajian kami telah diiktiraf dalam kedudukan antarabangsa.

Destinasi popular di kalangan mahasiswa antarabangsa, Universiti Pécs dijadikan pilihan sebab sekitarannya yang selamat, mutu pengajaran yang tinggi, yuran tuisyen yang berpatutan, kos kehidupan rendah dan komuniti mahasiswa antarabangsa yang besar.

Universiti Pécs telah menawarkan program pengajian sepenuh masa dalam bahasa Inggeris untuk lebih 30 tahun dan dalam bahasa Jerman untuk lebih 10 tahun. Ia berbangga menjadi tuan rumah bagi lebih dari 4,000 mahasiswa antarabangsa dari lebih 100 negara. Mereka memilih untuk belajar di Universiti Pécs kerana kualiti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Menuntut di Hungary

Selama lebih 600 tahun, pendidikan tinggi di Hungary melambangkan kecemerlangan akademik negara itu dan ini bermula dengan University Pécs, universiti pertama di Hungary.

Tahap ijazah

Pengajian pendidikan tinggi yang ditawarkan terbahagi kepada dua jenis institusi pengajian tinggi, universiti (egyetem dalam bahasa Hungary) dan kolej (főiskola dalam bahasa Hungary), kededuanya menawarkan tiga latihan kursus: kursus Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.

Walaupun struktur ijazah terbahagi dalam kebanyakan kursus, terdapat beberapa program bersepadu (one-tier) yang menyatukan tahap Sarjana Muda dan tahap Sarjana: perubatan veterinar, seni bina, pergigian, farmaseutik, undang-undang dan perubatan. Program one-tier ini terdiri daripada 10 hingga 12 semester (5 hingga 6 tahun) dan pada hujung tahun akhir pengajian, anda mesti telah menyelesaikan 300 hingga 360 kredit.

Sistem kredit dan pengiktirafan

Sistem Pemindahan Kredit Eropah (ECTS) adalah satu-satunya sistem kredit yang wujud di Hungary. Disebabkan ECTS, kredit dan ijazah yang diperolehi di Hungary boleh dipindahkan kepada institusi lain di Eropah dan juga sebaliknya. Di samping itu, pelajar diploma turut diberi tambahan istimewa iaitu sijil yang diraih akan diiktiraf di seluruh Kesatuan Eropah.

Bagi memastikan piawaian antarabangsa yang tinggi, langkah-langkah kawalan harus bermutu dan diperketatkan. Jawatankuasa Akreditasi Hungary (HAC) menjalankan prosedur akreditasi institusi dan program secara berterusan dan memantau mutu kegiatan pendidikan menurut  pematuhan Piawaian dan Garis Panduan Eropah. Kursus dab nstitusi pendidikan tinggi di Hungary diiktiraf oleh HAC.

Kursus dan Gred

Pendidikan di universiti-universiti di Hungary dibentuk melalui sistem yang terdiri daripada seminar dan kuliah. Kuliah diadakan untuk bilangan pelajar yang ramai. Para pelajar digalakkan hadir, meskipun ia bukannya wajib. Pada akhir semester, pelajar dikehendaki lulus ujian tulisan atau lisan. Seminar pula biasanya adalah kumpulan kajian bukan formal yang merangkumi 10 hingga 20 pelajar. Ia menyediakan ruang kepada pelajar untuk adakan perundingan secara individu, perbincangan bahan belajar dan menyelesaikan latihan. Mereka selalunya akan mengakhiri semester dengan menghasilkan kertas tulisan bebas atau menduduki pemeriksaan.

Sistem penggredan yang digunakan oleh institusi pendidikan tinggi di Hungary adalah berikut:

Gred tertinggi adalah 5, cemerlang.
Gred 4 adalah baik.
Gred 3 adalah sederhana
Gred 2 adalah lulus.
Gred 1 adalah gagal - kursus mesti diulang semula.

Struktur Universiti Pécs

The University has the traditional structure of European universities, headed by a rector, a chancellor and a team of three vice rectors, each responsible for a different area of university life. The faculties, headed by a dean, and the institutes headed by a director, represent larger academic areas. They are subdivided into departments that are in daily contact with students and are responsible for the academic programmes.

Universiti ini mempunyai struktur tradisional seperti universiti-universiti di Eropah, yang diketuai oleh seorang rektor, seorang canselor dan sepasukan tiga naib rektor. Masing-masing bertanggungjawab bagi setiap sudut kehidupan universiti yang berbeza. Fakulti-fakukti diketuai oleh seorang dekan manakala institusi-institusi diketuai oleh seorang pengarah, yang mewakili bidang akademik yang lebih besar. Mereka dibahagikan kepada jabatan yang berhubung dengan pelajar seharian dan bertanggungjawab atas program akademik mereka.

Kemasukan

Bermula 2018, permohonan boleh dihantar dalam talian melalui laman web kami.

Untuk memulakan proses tersebut, klik di sini.

Sekiranya anda belum membuat keputusan memilih program yang sesuai, gunakan aplikasi carian program dan pilih sekarang!

Cara Memohon:

  1. Pelajari maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan, yuran serta syarat kemasukan.
  2. Pilih program pilihan anda, klik pada Apply Now dan mulakan permohonan anda.
  3. Daftar di laman permohonan, isi borang permohonan, muat naik dokumen yang diperlukan dan hantarkan permohonan anda!
  4. Selepas anda menghantarkan permohonan anda, anda akan dimaklumkan mengenai bayaran yuran permohonan.
  5. Apabila universiti menerima yuran permohonan anda, pejabat kemasukan akan mulakan penilaian permohonan dan menjemput anda ke menduduki ujian kemasukan atau diwawancara melalui Skype.
  6. Jika anda berjaya dalam ujian kemasukan / wawancara Skype, anda akan menerima Surat Penerimaan Bersyarat dan notifikasi bayaran yuran tuisyen.
  7. Apabila universiti telah menerima yuran tuisyen anda, pejabat kemasukan akan memberikan anda Surat Kemasukan dan anda boleh mula mengatur perjalanan anda ke Pécs!

* Harap maklum bahawa aplikasi untuk program Sekolah Perubatan (Perubatan Am, Farmasi, Pergigian, Bioteknologi, Humanmedizin, Zahnmedizin, Pharmazie) dikendalikan melalui cara yang berbeza.

Lihat laman web aplikasi dalam talian Sekolah Perubatan >>

Syarat Kemasukan

Bagi melayakkan diri menjalani pengajian universiti di Hungary, pelajar harus memenuhi beberapa keperluan untuk program itu. Ini termasuk keperluan kemasukan umum yang semua pelajar harus penuhi dan keperluan kemasukan yang khusus kepada kursus yang dipohon pelajar. Misalnya, kursus kejuruteraan mungkin memerlukan tahap pengajian matematik peringkat yang lebih tinggi. Maklumat mengenai keperluan kemasukan tertentu boleh didapati di halaman setiap program.

Semua pelajar dikehendaki berbahasa Inggeris mengikut piawaian yang membolehkan mereka mempelajari program mereka. Anda boleh membuktikan kebolehan ini melalui beberapa cara:


- Anda adalah pemohon berbahasa Inggeris asli (salinan pasport anda diperlukan sebagai bukti)
- Anda mempunyai major / minor dalam bahasa Inggeris, iaitu bahasa Inggeris adalah bidang pengajian (kajian dalam linguistik atau kesusasteraan bahasa Inggeris)
- Anda telah melanjutkan pengajian sarjana dalam bahasa Inggeris
- Anda mempunyai Ujian Bahasa Inggeris yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (IELTS, TOEFL, TELC, ECL, dll.)

Pelajar antarabangsa tidak dikehendaki berbahasa Hungary untuk menyertai program Universiti Pécs yang ditawarkan dalam bahasa Inggeris atau Jerman. Walau bagaimanapun, anda digalakkan untuk belajar beberapa perkataan Hungary untuk dapat berkomunikasi dengan orang tempatan (walaupun majoriti orang muda dan pastinya, guru anda akan bercakap bahasa Inggeris dan Jerman). Untuk mengembangkan bahasa Hungary anda, anda boleh menyertai pelbagai kursus persediaan bahasa Hungary.

Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan kemasukan, sila klik di sini.

Wakil negara anda

niversiti Pécs bekerja rapat dengan pelbagai agensi pendidikan, kaunselor dan perkhidmatan akademik antarabangsa di seluruh dunia. Ejen dan kaunselor ini boleh menasihati kursus yang paling sesuai untuk anda, dan menawarkan sokongan dan nasihat sepanjang proses permohonan.
Semak senarai di sini untuk mencari wakil rasmi Universiti Pécs berhampiran anda.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai UP, kehidupan pelajar di Pécs atau program pengajian yang anda berminat, anda boleh menghubungi Duta Pelajar Antarabangsa UP.

Sediakan penginapan anda

Sebaik sahaja anda telah menerima pengesahan mengenai penerimaan pengajian atau penyelidikan anda di Universiti Pécs, anda boleh mulakan perancangan perjalanan anda. Anda boleh dapatkan panduan bagi pelajar antarabangsa mempersiapkan diri untuk belajar di University of Pécs dan secara umumnya untuk tinggal di Pécs, Hungary di sini. Navigasi ke menu di sebelah kiri dan cari semua maklumat yang anda perlukan pada langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum keberangkatan anda. Maklumat praktikal akan diberikan selepas ketibaan.

Perumahan

Para pelajar mempunyai dua pilihan penginapan asas di Pécs. Mereka boleh menginap di asrama atau mencari penginapan alternatif.
Universiti Pécs mempunyai sepuluh asrama. Mereka terletak di kawasan kediaman di bandar. Fakulti Universiti serta pusat bandar mudah diakses dari asrama. Kebanyakan asrama baru-baru ini telah diubah suai. Bilik-bilik dilengkapi dengan baik dan mempunyai bilik mandi. Sarung katil juga disediakan. Bilik ditawarkan pada harga yang berpatutan: kira-kira EUR 140 sebulan.
Bagi pelajar yang memerlukan penginapan berkualiti tinggi, flat sewa adalah alternatif. Menyewa sebuah flat boleh memberikan pelajar kedamaian, keselesaan dan privasi yang mereka perlukan.

Kos kehidupan

Kos kehidupan di Hungary pada umumnya dianggap rendah oleh piawaian Eropah. Untuk membayar sewa asrama anda, membeli makanan dan melakukan kegiatan sosial sekali-sekala, anda memerlukan minimum HUF 150,000 (≈EUR 470).

Berikut adalah senarai harga keperluan.

Perkhidmatan Pelajar

Belajar di luar negara boleh menjadi sukar. Anda jauh dari rumah, segala-galanya agak berbeza dan kadang kala rasa kesepian. Tetapi jangan risau, ini adalah perkara biasa, dan ia berlaku kepada semua orang. Universiti Pécs telah membangunkan beberapa langkah untuk memastikan peralihan anda lancar.

Program Buddy: Tutor peribadi (rakan-rakan) memberi bantuan kepada pelajar antarabangsa dalam integrasi mereka ke dalam sekitaran universiti.

Kursus Kepekaan Kebudayaan: Kursus berbahasa Inggeris terbuka bagi setiap pelajar universiti untuk membantu mereka memahami budaya dan masyarakat Hungary serta mendapatkan gambaran mengenai isu sosial dan politik semasa di sini. Anda akan dapat menghadiri kursus ini secara percuma.

Kaunseling Pelajar: Kaunseling Pelajar dianggap sebagai perkhidmatan penting dalam Universiti Pécs. Objektif utamanya adalah untuk memberi pelajar kaunseling psikologi yang profesional, bijaksana dan responsif.

Bantuan Undang-undang Kampus: CLAC (Klinik Bantuan Undang-undang Kampus) telah dilancarkan pada tahun 2015 untuk mendalami pengetahuan akademik para pelajar undang-undang, dan pada masa yang sama ia menyediakan nasihat undang-undang profesional dan dipantau bagi pelajar UP.